Sejarah IPad 2

Pada 2 Mac 2011, Apple mengumumkan iPad 2 kepada umum. Dalam majlis tersebut juga, diumumkan bahawa jualan iPad (generasi pertama) dihentikan samada jualan secara online mahupun jualan oleh pengedar Apple yang sah. Tarikh jualan untuk pasaran Amerika Syarikat ditetapkan pada 11 Mac 2011. Sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga waktu penghantaran bagi pembelian secara dalam talian lewat antara 3 hingga 5 minggu.

Gempa bumi besar yang melanda bahagian utara Jepun pada 11 Mac 2011 menyebabkan jualan di Jepun yang telah ditetapkan pada 25 Mac 2011 terpaksa ditangguhkan.[4] Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa gempa bumi tersebut menjejaskan pengeluaran beberapa komponen iPad 2 berikutan komponen-komponen tersebut dibuat oleh syarikat-syarikat Jepun seperti Toshiba.[5]

iPad 2 kemudiannya mula dipasarkan di Jepun pada 29 April 2011. Pada tarikh ini juga, iPad 2 mula dijual di Malaysia.[2]

Model 32 dan 64 GB dihentikan pada 7 Mac 2012 berikutan pengumuman iPad generasi ketiga.[6] iPad 2 masih dalam pengeluaran ketika iPad generasi keempat diumumkan.[7]

Rujukan

WikiPedia: IPad 2 http://9to5mac.com/2012/03/07/apple-drops-16gb-ipa... http://allthingsd.com/20110315/apple-postpones-ipa... http://www.anandtech.com/show/4216/apple-ipad-2-gp... http://www.apple.com http://www.apple.com/ipad/ http://www.apple.com/pr/library/2011/03/10iPad-2-A... http://www.apple.com/sg/pr/library/2011/04/27iPad-... http://www.engadget.com/2011/03/02/apple-releases-... http://www.fastcompany.com/1733577/apple-ipad-2-re... http://www.iawani.com/harga-ipad-2-di-malaysia-tur...